BM | EN | 中文

Agihan vaksin ke daerah Kluang perlu ditambah – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 5 OGOS: Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, jumlah vaksin yang dibekalkan ke daerah Kluang perlu ditambah.

Beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, jika diagihkan mengikut jumlah kes positif kumulatif dalam 14 hari mulai 18 Julai hingga 31Julai, daerah Kluang harus menerima 243,722 dos vaksin.

“Menurut data yang diumumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, dalam tempoh daripada 1 Mar. hingga 28 Julai 2021, jumlah peruntukan dan stok vaksin Johor adalah 2,036,870 dos,” katanya.

Advertisement

Manakala daerah Kluang Kluang menerima 154,052 dos.

Justeru, kata Chong Sin jumlah itu kurang 89,670 dos daripada yang diperlukan di daerah ini.

Beliau berkata, analisa tersebut diterimanya dari seorang pengurus kilang yang melakukan kajian agihan vaksin.

Advertisement

Chong Sin turut menyatakan rekod agihan mengikut jumlah populasi pada 2020 setiap daerah, dan Kluang harus diagihkan 182,440 dos, kurang 28,388 dos dari yang dibekalkan.

Chong Sin berkata, status kekurangan peruntukan vaksin ini telah dimaklumkan kepada Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (#CITF) Johor dan Kluang.

Beliau memberikan komitmen akan membangkitkan perkara itu dalam sidang DUN Johor yang akan bersidang 12 Ogos nanti.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top