BM | EN | 中文

“Agih jawatan menteri, GLC macam dalam filem Nujum Pak Belalang”

flem-nujum-pak-belalang-p-ramlee.png

Adegan pembahagian harta oleh kumpulan perompak dalam filem 'Nujum Pak Belalang'

Advertisement

PUTRAJAYA, 1 JUN: Tindakan membahagi-bahagikan jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ibarat babak dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’.

Filem ‘Nujum Pak Belalang’ arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin selepas membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung audio yang tular dipercayai berkaitan salahlaku rasuah, sogokan pangkat dan kedudukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terbukti selepas merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan, Perikatan Nasional telah membahagi-bahagikan jawatan Menteri dan GLC seperti yang dirancang oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam video tersebut.

Advertisement

“Perikatan Nasional mengagihkan jawatan-jawatan ini ala adegan perompak dalam filem Nujum Pak Belalang, membahagikan harta rompakan di dalam gua, ‘satu untuk kau, satu untuk aku’, ‘jawatan untuk kau, sokongan untuk aku’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu pagi ini, beliau membuat laporan kepada SPRM mendakwa berlaku suapan jawatan menteri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Laporan dibuat berikutan tular klip audio di media sosial berdurasi 2 minit 19 saat yang merakamkan perbincangan dalam suatu mesyuarat dipercayai pimpinan parti Bersatu.

Advertisement

Dalam klip itu, suara dipercayai mirip Muhyiddin merancang menggunakan kedudukannya dalam kerajaan menawarkan sogokan kedudukan dan jawatan Menteri dan Pengerusi GLC sebagai balasan sokongan penuh Ahli Parlimen kepadanya dan pimpinan tinggi Parti Bersatu.

[BACA: Pemuda Amanah lapor SPRM dakwaan suapan jawatan menteri dan GLC oleh PN]

Hadir sama ketua pemuda DAPSY, Howard Lee, wakil Armada Bersatu, Abu Syafiq dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulai Sebatang, Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Advertisement

Tambah Shazni lagi, tindakan Muhyiddin ini bukan sahaja merupakan salah laku dari aspek perundangan, bahkan salah dari aspek moral dan amat memalukan bangsa Melayu dan negara.

“Sekiranya tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini dibuat di luar negara, rakyat sudah turun ke jalan raya dan mendesak pemimpin korup sebegini untuk meletak jawatan,”katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top