BM | EN | 中文

AGENSI, JABATAN KERAJAAN DI JOHOR DIGALAK BANTU USAHA KEMBANG SENI BUDAYA

mb-johor-dr-sahruddin-jamal-reog-ponorogo.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 18 OGOS: Usaha memperkembang dan mempromosi seni budaya di Johor perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak, agar ia tidak lapuk ditelan arus kemodenan.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kekayaan khazanah seni budaya di negeri ini perlu dibangunkan dan dipulihara, dengan tujuan meningkatkan kesedaran awam terhadap peri pentingnya pengekalan warisan peninggalan nenek moyang.

Advertisement

Namun ia hanya dapat dilakukan melalui kaedah pengurusan yang betul oleh para penggiat dan komuniti setempat dengan kerjasama dan kesedaran jabatan-jabatan dan agensi kerajaan.

“Dalam usaha untuk menjayakan aspirasi ini, perlu wujud suasana dan budaya kerja yang menyeluruh dan tidak tertumpu kepada persembahan kesenian sahaja.

“Saya kira penganjuran program persembahan ini juga bersifat serampang dua mata, yang mana apabila bakat kesenian diketengahkan, maka persembahan ini dapat ditonjolkan,” kata Sahruddin.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ‘Festival Seni Reog Ponorogo’ Anak-anak Jawa Johor di Dataran Sri Medan, Batu Pahat, semalam.

Acara yang dianjurkan oleh Komuniti Harapan DUN Seri Medan itu dihadiri kira-kira 2,000 penduduk setempat yang membanjiri kawasan program semenjak jam enam petang.

Enam kumpulan Reog Ponorogo dari daerah Batu Pahat dan Muar menyertai festival tersebut iaitu Kumpulan Warisan Bistari, Tunas Harapan, Sri Wahyuni, Warisan Utag, Gemalasari dan Setia Budi.

Advertisement

Dalam pada itu Sahrudidn berkata, melalui festival seperti ini, orang ramai memperolehi kesempatan untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru selain mampu memupuk permuafakatan seiring tema kerajaan Johor ‘muafakat itu berkat’.

“Semoga kesenian reog ini dapat diangkat, dikekal, dipelihata dan dihormati agar semua bangsa dapat menikmati serta menghargai kerencaman sejarah bangsa kita di Johor,” kata Sahruddin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top