BM | EN | 中文

Agenda perpaduan Melayu hanya alasan untuk rebut kuasa

azhar-ismail.jpg
Advertisement

LEDANG, 30 MAC: Agenda perpaduan bangsa Melayu boleh disifatkan sebagai alasan bagi membenarkan tindakan pengkhianatan oleh sesetengah pihak.

Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 2020) yang berakhir Ahad lalu mengesahkan bahawa agenda perpaduan Melayu hanya alasan bagi menghalalkan tindakan mereka yang berkepentingan.

Ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Azhar Ismail berkata, parti komponen yang bergabung untuk membentuk kerajaan Mac tahun lalu adalah pengkhianat bangsa sebenar.

Advertisement

Jelas Azhar, kesatuan dan perpaduan ummah yang dicadangkan tidak terbentuk, sebaliknya hanya perlumbaan kuasa sahaja.

“Tengok PAU 2020 yang lalu, apa yang disebutkan adalah agenda jawatan Perdana Menteri. Itulah wirid mereka dalam persidangan tersebut.

“Mana agenda Melayu? Sekiranya mereka benar-benar ikhlas, letak tepi soal jawatan Perdana Menteri dan fikir untuk perpaduan bangsa Melayu.

Advertisement

“Jelas, baik Umno, Pas mahu pun Bersatu semuanya memperdayakan orang Melayu kononnya mereka mahu membawa agenda perpaduan bangsa. Rupanya tidak,” jelasnya ketika dihubungi.

Azhar berkata, bangsa Melayu perlu bangkit dan sedar dari terus ditipu oleh pemain politik mempergunakan agenda bangsa untuk kepentingan mereka sendiri.

Tambahnya, tiada kesan baik yang diterima bangsa Melayu semenjak retorik penyatuan itu diuar-uarkan.

Advertisement

“Tengokl isu-isu yang berbangkit sebelum ini. Kononnya PH (Pakatam Harapan) menggadaikan bangsa, akhirnya hari ini jelas menunjukkan merekalah pengadai bangsa.

“Melayu tetap dalam keadaan terkebelakang, ditambah dengan krisis ekonomi yang tidak ada jalan keluar.

“Apakah ini yang akan dibanggakan oleh pemain politik bangsa hari ini? Saya nasihatkan untuk mereka semua berhenti memperdayakan serta mempermainkan bangsa mereka sendiri,” tegas Azhar lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top