BM | EN | 中文

AG jangan main politik, pendirian Zahid dikira penolakan terhadap PM – MUDA Johor

Ikatan-Demokratik-Malaysia-MUDA.jpg

Grafik Ehsan Malaysiakini

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JUL: Peguam Negara (AG) sepatutnya bertindak mempertahankan keluhuran undang-undang dan bukannya menjaga ahli – ahli politik atau kerajaan sedia ada semata-mata.

Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Johor berkata, kenyataan presiden Umno, Zahid Hamid baru-baru ini dengan jelas menunjukkan perdana menteri telah hilang sokongan asas dari parti itu dan seterusnya hilang sokongan majoriti ahli parlimen secara keseluruhannya.

Menurut MUDA Johor, Zahid Hamidi sebelum ini atas kapasiti presiden parti Umno telah mempersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong mengenai kedudukan parti itu untuk menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Advertisement

“Kini presiden Umno yang sama mengumumkan atas kapasiti sebagai presiden partinya sekali lagi bahawa Umno tidak lagi menyokong Perikatan Nasional sebagai kerajaan dan Muhyiddin sebagai perdana menteri Malaysia.

“Oleh itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meletak jawatan secara bermaruah kerana telah hilang sokongan, keyakinan dan majoriti untuk kekal sebagai perdana menteri,” menurut MUDA Johor.

Tambahnya, kenyataan AG bahawa pengumuman presiden Umno tidak menjadikan kerajaan dan perdana menteri hilang majoriti adalah sesuatu yang tidak masuk akal.

Advertisement

“AG sepatutnya peka bahawa Muhyiddin dilantik menjadi perdana menteri berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik yang menyokong kepimpinan beliau pada bulan Mac 2020.

“Sekiranya beliau dilantik sebagai PM berdasarkan warkah ketua-ketua parti politik, maka presiden Umno menarik balik sokongan partinya kepada kerajaan Perikatan Nasional dan perdana menteri menunjukkan beliau telah hilang kepercayaan yang diberi sebelum ini,” katanya lagi.

Peguam Negara, Idrus Harun sebelum ini mendakwa tiada fakta jelas menunjukkan Muhyiddin Yassin telah kehilangan kepercayaan majoriti ahli parlimen.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top