JOHOR BAHRU, 16 OKT: Adventure Waterpark Desaru Coast, antara taman tema air terbesar di rantau im, menawarkan pas sehari RM50 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga tua. mulai sekarang hingga 5 Disember tahun ini.
Pengurus Besar Adventure Waterpark, Shahrul Nizar Ahmad berkata pengunjung yang mahu mengunjungi semula selepas kunjungan pertama boleh menaik taraf kepada pas tahunan, ‘Splash Pass’ yang menawarkan kemasukan tanpa had yang berharga RM100 bagi tempoh 12 bulan.
“Promosi ini adalah untuk semua pelawat yang lengkap dua dos suntikan vaksinasi bersama status risiko rendah dalam aplikasi MySejahlera tanpa gejala atau kontak casual manakala pelawat di bawah 18 tahun mesti ditemani dewasa atau penjaga yang lengkap dua dos vaksin.
“Kami buka dengan kapasiti harian maksimum 2,500 orang, 50 peratus lebih rendah berbanding 5,000 sebelum penularan COVID-19 bagi tujuan penjarakan fizikal,” katanya satu kenyataan baru-baru ini.
Semua kakitangan Adventure Waterpark Desaru Coast sudah lengkap dua dos vaksin sepenuhnya dan 25 peratus pekerjanya menjalani ujian saringan COVID-19 yang ketat.
Promosi ini sah untuk tempahan dalam talian dan pengunjung ‘walk-in’ taman tema air itu akan beroperasi dan pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Berkeluasan lebih daripada 25 hektar, Adventure Waterpark Desaru Coast mempunyai lebih daripada 20 permainan air termasuk Krenge’s Revenge dan kolam renang Tidal Wave.
Maklumat lebih lanjut mengenai Adventure Waterpark boleh didapati di www.desarucoast.com atau https://wwwfacebook.com/AdventureWaterparkDesaruCoast/ atau dengan menghubungi 07-8783800 atau 07-8783828.
Bernama