BM | EN | 中文

Adun yang mesra rakyat

adun-parit-yaani-aminolhuda-hassan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 OGOS: Memang menjadi keinginan masyarakat untuk diwakili pemimpin yang mesra, bertanggungjawab dan mudah ditemui penduduk tempatan.

Perkara itu dikatakan penduduk setempat dan ada pada keperibadian Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan, seorang Adun yang mesra serta mudah disantuni masyarakat.

Erasid Ibrahim

Hal itu dinyatakan sendiri oleh penduduk di kawasan Parit Yaani, Erasid Ibrahim, 41 yang berkata, semenjak Aminolhuda memegang jawatan Adun di kawasan itu, beliau sememangnya menjalankan tugas dengan baik.

Advertisement

Katanya, Aminolhuda lebih mengutamakan penduduk Parit Yaani dalam segala kerja harian beliau sebagai seorang wakil rakyat mahu pun sewaktu beliau dilantik sebagai Exco.

“Memang beliau akan selalu jawab telefon sekiranya panggilan itu datang dari orang (penduduk) Parit Yaani.

“Dia mudah ditemui, mesra dan senang untuk berurusan. Apa yang paling penting adalah cara dia untuk menerima pandangan penduduk kampung tentang penambahbaikan di kawasan ini. Itu menjadi perkara asas yang baik.

Advertisement

“Saya berharap beliau terus jadi seperti ini agar disenangi serta disayangi oleh penduduk di Parit Yaani. Kelebihan yang lain ada ada dirinya adalah beliau mampu menerima perbezaan pandangan,” jelasnya lagi.

Aminolhuda yang sudah memasuki penggal kedua mewakili DUN Parit Yaani turut mudah didekati pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai latarbelakang sosio ekonomi.

Seorang peniaga yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Aminolhuda turut mesra dengan masyarakat Tionghua.

Advertisement

Aminolhuda Hassan (tengah) bergambar bersama peserta program Korban Perdana di Parit Yaani, baru-baru ini

Ini kerana katanya, sifat amanah yang dimiliki beliau adalah tunggak utama masyarakat Tionghua memandangnya sebagai pemimpin yang bersih.

“Dia orang yang baik, senang mahu jumpa. Kebajikan orang Cina pun dia beri dan sumbangan dia banyak.

“Orang Cina senang dengan dia. Dia punya cara (mesra) buat orang Cina senang dan kita mahu dia terus jadi Adun di sini sebab dia ‘multiracial’,” ujarnya.

Advertisement

Aminolhuda merupakan Adun Parit Yaani semenjak pilihanraya umum ke-13 pada 2013 dan memegang jawatan sebagai Exco Pendidikan negeri Johor di bawah pentabiran Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top