BM | EN | 中文

Adun Umno perlu kemuka usul undi percaya kepada Menteri Besar Johor

salahuddin-ayub-ahli-parlimen-pulai.png
Advertisement

MUAR, 5 DIS: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Johor perlu mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hasni untuk membuktikan kerajaan negeri benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, besar kemungkinan sesuatu yang penting akan berlaku esok semasa hari terakhir sesi penggulungan belanjawan negeri yang mungkin akan memanaskan lagi suhu politik kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor.

“Susulan daripada beberapa perkembangan menarik berkaitan politik tanah air khususnya di Parlimen dan terkini di DUN Perak, saya merasakan isu keabsahan sesebuah kerajaan itu telah mula menjadi perhatian rakyat di negara ini.

Advertisement

“Adalah penting untuk rakyat melihat adakah kerajaan yang ada pada hari ini, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, memiliki keabsahan itu,” kata Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Adun Simpang Jeram berkata adalah elok sekiranya Umno mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan YAB Menteri Besar Johor untuk membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor.

“Usul percaya ini akan dapat membuktikan keabsahan dokongan dan sokongan wakil-wakil Bersatu masih kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional Johor,” katanya.

Advertisement

Semalam, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin menyatakan rasa kesal dengan penggulingan wakil rakyat mereka, Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar Perak.

Manakala Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menyifatkan tindakan Adun-adun Umno di Perak menumbangkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ahmad Faizal Azumu sebagai satu pengkhianatan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top