BM | EN | 中文

ADUN STULANG: MASYARAKAT PERLU AMBIL PERANAN PASTIKAN KEBERSIHAN JOHOR BAHRU

3dcd2e25-d84f-442f-a282-c8e836099ef8.jpg

Adun Stulang Andrew Chen Kah Eng (empat dari kiri) dan beberapa penganjur program bergambar bersama selepas menghadiri sidang media di Pelangi Leisure Mall pada 6 Sept di sini.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Masyarakat setempat disarankan untuk memainkan peranan lebih besar bagi dalam mengatasi isu tapak pembuangan sampah haram di sekitar Bandaraya Johor Bahru.

Adun Stulang Andrew Chen Kah Eng berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa kawasan ‘hotspot’ longokkan sampah, seperti di Jalan Jeram dan sekitar Taman Pelangi, yang bukan sahaja berisiko menjejaskan kesihatan penduduk setempat, malah juga membebankan pihak berkuasa yang menanggung kos operasi pembersihan.

“Persekitaran kita masih belum cukup bersih kerana selain daripada longokkan sampah, masih ramai yang membuang sampah secara merata-rata.

Advertisement

“Ini adalah satu perbuatan yang harus kita kurangkan kerana kos untuk mengutip sampah dikawasan yang tidak sepatutnya sangat tinggi,” katanya pada satu sidang media disini hari ini.

Andrew juga turut mengalu-alukan orang awam untuk mendaftar ke program ‘Berjalan Santai Sambil Mengutip Sampah’ 28 Sept ini, yang bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kebersihan dikalangan orang ramai.

Lebih 1,000 peserta disasarkan untuk berdaftar ke program setengah hari itu yang akan bermula dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari – dimana peserta akan berjalan sepanjang 5km di sekitar kawasan Pelangi Leisure Mall, sambil mengutip sampah sarap yang dibuang merata sepanjang jarak tersebut.

Advertisement

“Ini merupakan satu program yang sepatutnya dianjurkan kepada komuniti untuk memberikan teladan dan pendidikan tentang kebersihan alam sekitar,” katanya.

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top