BM | EN | 中文

ADUN Stulang dan Perkeso Johor santuni golongan OKU di Persatuan Kebajikan Yu Shan Johor Bahru

IMG-20200113-WA0022.jpg

Andrew Chen Kah Eng (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Persatuan Kebajikan Yu Shan Johor Bahru.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyantuni golongan kurang bernasib baik di Persatuan Kebajikan Yu Shan Johor Bahru, di sini.

Menariknya, kunjungan itu turut dihadiri Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang dan ADUN Stulang, Andrew Chen Kang Eng.

Persatuan Kebajikan Yu Shan Johor Bahru menempatkan seramai 14 penghuni terdiri daripada sembilan lelaki dan empat perempuan yang merupakan individu orang kurang upaya (OKU).

Advertisement

Selain menyampaikan sumbangan berbentuk wang kepada persatuan tersebut, Perkeso Johor turut menyerahkan barangan keperluan asas yang diperlukan.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina penghuninya, turut disampaikan ang pow.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top