IPOH, 15 JUL: Adun Slim yang mewakili kawasan itu selama empat penggal, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia hari ini.
Menurut Bernama, allahyarham yang juga anggota majlis tertinggi Umno meninggal dunia di Bentong, Pahang.
Perkara disahkan oleh pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad.
Menurut Saarani, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.
Berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.
Khusairi merupakan Adun Slim selama empat penggal juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Mali,.
Beliau pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Khusairi memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum (PRU) 2004 dan mempertahannya sebanyak dua kali dengan majoriti selesa.
Pada PRU 2018, allahyarham mengekalkan kerusi itu dengan 44.8 peratus undi apabila calon Bersatu memperoleh 33 peratus undi dan calon PAS memperoleh 22 peratus undi.
Pemergian allahyarham akan membuka laluan kepada pilihan raya kecil kali ke-12 sejak pilihan raya umum lalu.
Slim merupakan kawasan luar bandar di mana kaum Melayu merupakan tiga perempat daripada jumlah pengundi dan merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen Tanjung Malim.
Johorkini