BM | EN | 中文

Adun Skudai tawar bantuan operasi disinfeksi secara percuma di kawasan DUN Skudai

ADUN-Skudai-YB-Tan-Hong-Pin-menjalankan-operasi-disinfeksi-di-sebuah-tadika.jpg

ADUN Skudai, YB Tan Hong Pin menjalankan operasi disinfeksi di sebuah tadika di Skudai

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Tan Hong Pin dengan kerjasama Unit Tindak DAP Skudai menawarkan Bantuan Operasi Disinfeksi Secara Percuma kepada penduduk dan persatuan di sekitar kawasan DUN Skudai.

Hong Pin dalam satu kenyataan hari berkata, inisiatif itu sebagai mengekang perebakan wabak COVID-19 di kawasan ini dan mengurangkan kadar kebolehjangkitan.

Katanya, fokus utama perlaksanaan bantuan operasi tersebut telah pun bermula di sebuah tadika dan pusat perniagaan di Taman Ungku Tun Aminah.

Advertisement

“Unit Tindak DAP Skudai selaku pengelola bantuan tersebut akan memastikan operasi berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di samping merujuk kepada Unit Tindak DAP Selangor yang lebih berpengalaman di lapangan.

“Malah, lokasi tumpuan awam juga turut menjadi fokus perlaksanaan operasi berkenaan bagi mewujudkan persekitaran bebas jangkitan,” kata Hong Pin.

Tambah beliau, Bantuan Operasi Disinfeksi Secara Percuma yang merupakan projek amal komuniti amat mengalu-alukan sekiranya warga DUN Skudai dan sekitarnya yang berminat untuk menyalurkan sumbangan seperti.

Advertisement

Antara keperluan bagi bantuan operasi itu termasuk kelengkapan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, pelitup muka mahupun wang tunai melalui Pusat Komuniti Skudai.

Manakala penduduk dan persatuan yang memerlukan Bantuan Operasi Disinfeksi tersebut boleh berhubung dengan Pusat Komuniti Skudai di talian 010-535 1758.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top