BM | EN | 中文

Adun Skudai minta Putrajaya senaraikan projek pembangunan rancangan bekalan air Johor

Tan-Hong-Pin.jpg

Tan Hong Pin (Gambar Fail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 NOV: Adun Skudai, Tan Hong Pin meminta kerajaan menyenaraikan projek-projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di bawah rancangan bekalan air bagi negeri Johor dan NRW (air tidak berhasil) bagi peringkat nasional secara terperinci.

Katanya, kerja-kerja mengganti paip air lama dan menaiktaraf infrastruktur air harus dijalankan secepat mungkin untuk meningkatkan keselamatan air di Johor mahupun di negeri-negeri yang lain.

“Saya agak kecewa kerana cabaran kelestarian dan keselamatan air (water sustainability and security) tidak diberi perhatian yang secukupnya dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan baru-baru ini.

Advertisement

“Setelah menyemak dokumen Anggaran Perbelanjaan 2021, didapati bahawa butiran Rancangan Bekalan Air Negeri Johor diperuntukkan RM20.1 juta.

“Manakala untuk butiran NRW Nasional pula diperuntukkan RM259.2 juta untuk tahun 2021, namun peruntukkan untuk NRW Nasional lebih kurang berbanding dengan tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hong Pin berkata, banyak kawasan di Johor terutamanya di perumahan yang lama dihantui masalah penuaan sistem perpaipan dan kekerapan gangguan bekalan air.

Advertisement

Antaranya termasuk di kawasannya di Skudai, apabila hanya pada Oktober lalu, pejabat DUN Skudai menerima lebih daripada 50 aduan berkenaan gangguan bekalan air

“Bekalan air yang kurang sempurna bukan sahaja menimbulkan keresahan kepada para penduduk setempat, malah operasi sektor industri dan perniagaan turut terkesan.

Tan Hong Pin dan Pegawai SAJ Johor bersama memeriksa status proses pemulihan bekalan air dan kualiti air selepas berlaku gangguan bekalan air di kawasan Skudai

“Memandangkan pengurusan aset air telah lama dipindah kepada bidang kuasa kerajaan Persekutuan, maka tanggungjawab tersebut harus dipikul dengan lebih gigih dan berkesan,” katanya.

Advertisement

Hong Pin yang juga bekas Exco Sains dan Teknologi berharap Ketua Setiausaha Kementerian Air dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang menyelesaikan isu gangguan air bagi jangka masa panjang.

“Beliau merupakan seorang tokoh antarabangsa yang hebat dalam bidang pengurusan air.

“Saya difahamkan beliau sudah lama bermastautin di Skudai sejak zaman pensyarah di UTM Skudai pada 90-an.

Advertisement

“Di bawah pimpinan beliau, saya harap usaha menaiktaraf kemudahan bekalan air dapat dilipatgandakan dan membuahkan hasil dalam tempoh masa yang terdekat,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top