BM | EN | 中文

Adun Skudai lancar Dana Didik, kumpul lebih RM30,000 bantu 104 pelajar terjejas banjir

Tan-Hong-Pin-Dana-Didik-Skudai.png

ADUN Skudai, Tan Hong Pin mengagihkan kelengkapan sekolah kepada keluarga mangsa banjir

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 FEB: Dana Skudai Didik yang dilancarkan Pusat Komuniti Skudai bulan lalu berjaya mengumpul sebanyak RM30,154 bagi mempersiapkan seramal 104 orang anak-anak Skudai yang terjejas banjir bagi memulakan sesi persekolahan.

Adun Skudai, Tan Hong Pin dalam kenyataannya hari ini berkata dana melalui wadah biayasama (crowdfunding) itu membabitkan seluruh warga Kawasan N48 Skudai dan sekitarnya.

Ujarnya, meskipun sesi persekolahan ditangguhkan sekali lagi susulan penularan wabak COVID-19 dan penguatkuasaan PKP 2.0, inisiatif Dana Skudai Didik tersebut terus mendapat perhatian dan sokongan warga Skudai.

Advertisement

“Bencana banjir yang melanda kawasan Kampung Batu 8, Kampung Laut dan Kampung SK awal Januari lepas bukan sahaja menjejaskan kediaman penduduk malah turut merosakkan kelengkapan persekolahan anak-anak Skudai.

Sehubungan itu, Pusat Komuniti Skudai mengambil langkah untuk meringankan beban ibu bapa terjejas banjir yang perlu melalui proses pemulihan pasca banjir dengan mengagihkan bantuan persiapan persekolahan anak-anak mereka,” kata Hong Pin.

Menurut beliau bantuan tersebut berbentuk pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dan peralatan alat tulis.

Advertisement

“Program Skudai Didik merupakan inisiatif baru Pusat Komuniti Skudai untuk membantu anak-anak Skudai khususnya daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah meraih sepenuhnya peluang pendidikan.

“Dana Skudal Didik tersebut merupakan langkah permulaan saya bersama Pusat Komuniti Skudal serta warga Skudal yang prihatin membangunkan pendidikan anak-anak Skudai,” katanya lagi.

“Saya merakamkan sekalung penghargaan kepada seluruh warga Skudai yang sudi menjayakan Dana Skudai Didik tersebut sama ada melalui sumbangan wang ringgit mahupun bersama-sama menggembleng tenaga mereka.

Advertisement

“Kepada anak-anak yang menerima manfaat Dana Skudai Didik, ilmu pengetahuan adalah harta dan senjata terpenting dalam mencorak masa hadapan anda, keluarga, masyarakat dan negara,” kata Hong Pin lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top