BM | EN | 中文

Adun Skudai gesa pengamal media divaksin segera

Tan-Hong-Pin-Adun-Skudai.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 JUN: Adun Skudai, Tan Hong Pin memohon agar proses pemberian vaksin dipercepatkan kepada pengamal media.

Hong Pin dalam satu kenyataan semalam berkata, pengamal media juga merupakan barisan hadapan dan keselamatan mereka ketika bertugas perlu dipastikan terjamin.

“Antara yang perlu diberi perhatian serius dan disegerakan adalah para pengamal media yang bertugas di lapangan untuk melapor dan menyampaikan maklumat kepada umum.

Advertisement

“Pada ketika kita memerlukan keringat mereka melaporkan berita, mereka antara barisan hadapan seperti yang tertinggal untuk menerima suntikan vaksin.

“Jumlah mereka tidak ramai, namun sumbangan mereka amat signifikan kepada kita.

“Oleh itu, saya menggesa agar mereka segera diberikan suntikan vaksin,” ujarnya lagi.

Advertisement

Terdahulu, Hong Pin mencadangkan kerajaan mewujudkan sebuah sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan Skudai.

Katanya, penduduk Skudai berjumlah 200 ribu, namun penduduk diaturkan untuk menerima suntikan vaksin di PPV Taman Adda yang terletak kira-kira 25km dari kawasan Skudai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top