BM | EN | 中文

Adun Skudai dan Perling pinjamkan oximeter secara percuma untuk pesakit Covid-19

cheo-yee-how-tan-hong-ping.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 SEPT: Adun Skudai, Tan Hong Pin dan Adun Perling, Cheo Yee How melancarkan program bagi meminjamkan alat pengukur paras oksigen (oximeter) secara percuma untuk pesakit Covid-19 untuk pesakit di dua kawasan DUN tersebut.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua Adun tersebut memaklumkan peminjaman alat oximeter tersebut hanya diterima bagi mereka yang telah disahkan keputusan ujian saringan PCR adalah positif.

“Garis panduan ini hanya untuk mereka yang berkuarantin di dalam rumah.

Advertisement

“Pesakit yang telah disahkan Covid-19 positif selepas ujian saringan PCR dikehendaki berkuarantin selama 10-14 hari di dalam rumah.

“Dalam tempoh kuarantin, pemeriksaan paras oksigen darah melalui oximeter perlu dilakukan 3 kali setiap hari.

“Sekiranya berlakunya kesukaran bernafas dalam tempoh kuarantin. Anda di nasihatkan dengan segeranya memeriksa paras oksigen darah dengan oximeter,” menurut kenyataan tersebut.

Advertisement

Ujarnya lagi, maklumat pemeriksaan akan dihantar kepada hospital sebagai bahan semakan jika memerlukan.

“Perkhidmatan peminjaman oximeter adalah percuma secara bersyarat.

“Anda perlu memulangkan selepas keputusan ujian saringan RTK-Antigen disahkan negatif.

Advertisement

“Ujian saringan RTK-Antigen wajib dilakukan sehingga negatif sebagai syarat tamat tempoh kuarantin,” katanya lagi.

Tambah kenyataan itu, pemohon yang ingin meminjam oximeter perlu menghantar maklumat peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan dan menghantar ke talian 011-73420478.

Manakala selepas pinjaman dibuat, pesakit perlu menandakan nombor kod oximeter, jenis model, bacaan oximeter tiga kali setiap hari iaitu pada jam 9 pagi, 3 petang, 9 malam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top