BM | EN | 中文

Adun Senggarang terima anugerah presiden antarabangsa Lions Club

Adun-Senggarang-Ir-Khairuddin-A-Rahim-menerima-sijil-penghargaan-presiden-antarabangsa-Lions-Club-di-Clubhouse-Lions-Club-Batu-Pahat.jpg

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim (dua dari kanan) menerima sijil penghargaan presiden antarabangsa Lions Club di Rumah Kelab Lions Batu Pahat, semalam

Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim menerima sijil penghargaan dari presiden antarabangsa Kelab Lions.

Sijil tersebut diserahkan wakilnya dan pemimpin kawasan Asia Tim Tindakan Global, Potter Ka sebagai pengiktirafan kepada Adun Senggarang itu atas kerja amal serta khidmat masyarakat bersama kelab tersebut.

Khairuddin ketika dihubungi menyampaikan ucapan terima kasih kepada kelab berkenaan yang menghargai jasa beliau dalam aktiviti kerja bakti bersama-sama kelab tersebut.

Advertisement

“Kelab ini banyak melibatkan aktiviti kebajikan, pemulihan alam sekitar, aktiviti sosial dan pelbagai lagi aktiviti kemasyarakatan yang memberi manfaat kepada semua.

“Penglibatan saya dalam kelab ini adalah sebagai individu yang berusaha memberikan yang terbaik kepada semua masyarakat baik di Batu Pahat mahu pun di semua daerah.

“Apa yang penting adalah ruang masa yang lapang perlu diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat agar mendorong semua melakukan perkara yang baik sesama kita,” katanya.

Advertisement

Beliau terdahulu menerima sijil penghargaan tersebut dalam satu majlis ringkas di rumah kelab pertubuhan itu di Batu Pahat, semalam.

Khairuddin yang melibatkan diri bersama kelab berkenaan hampir dua tahun berpendapat, pertubuhan itu mampu menjadi jambatan idea dalam menjalankan aktiviti yang membantu masyarakat.

“Hubungan kelab ini di peringkat antarabangsa amat luas. Kita boleh berkongsi idea untuk mewujudkan gerak kerja bersama masyarakat sebagai usaha bakti kita.

Advertisement

“Masyarakat harus dibimbing untuk melakukan kerja-kerja amal serta kebajikan. Namun ia memerlukan kemahiran atau pendekatan yang kreatif. Maka Lions Club ini menjadi medan untuk kita berkongsi pendapat.

“Selain itu, ia juga adalah medan untuk pemimpin mendengar luahan serta pandangan dari masyarakat. Ini adalah usaha yang baik dilakukan oleh Lions Club,” katanya lagi.

Sementara itu wakil Lions Club berkata, akan berusaha melibatkan lebih ramai sukarelawan dari pelbagai bangsa dalam kegiatan amal mereka.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top