BM | EN | 中文

Adun Senggarang serah sumbangan lampin dewasa, ringankan beban asnaf

Adun-Senggarang-serah-sumbangan-lampin-dewasa.jpg

BATU PAHAT, 1 OGOS: Pusat Khidmat DUN Senggarang dengan kerjasama Kelab Lions Gemilang Batu Pahat melancarkan program pemberian lampin dewasa kepada golongan asnaf di kawasan itu.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata program itu dilancarkan bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan tumpuan untuk membantu golongan asnaf.

Inisiatif ini dibuat bertujuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan bantuan berkenaan.

“Kita melihat keperluan lampin ini penting. Ramai di antara asnaf tidak mampu untuk membelinya kerana harga yang agak tinggi.

“Dalam rekod yang diperolehi kita sememangnya ramai di antara mereka yang teramat memerlukan lampin tersebut dan sumbangan ini juga turut diberikan oleh NGO.

“Program ini dijalankan demi rakyat di DUN Senggarang apatah lagi menjelang hari-hari besar seperti Hari Raya Aidil Adha,” katanya.

Khairuddin yang merupakan juga ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor mengucapkan terima kasih serta mengalu-alukan semua pihak untuk turut menyumbang dalam program tersebut.

Sumbangan tersebut menyasarkan kepada lebih 100 penerima di seluruh DUN Senggarang dengan kerjasama ‘Lions Club’ Batu Pahat serta sumbangan individu.

“Selain lampin, barangan keperluan turut disediakan dalam matlamat sama untuk meringankan bebanan asnaf.

“Saya berharap sumbangan ini dapat diteruskan dan mampu meringankan bebanan asnaf di kawasan ini sekaligus membantu mereka meneruskan hari yang mendatang.

“Fokus kita juga bukan sahaja asnaf tetapi mereka yang terkena penyakit kronik serta golongan warga emas di kawasan Senggarang,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top