BM | EN | 中文

Adun Senggarang, NGO gotong-royong bersih pantai Minyak Beku

Sampah-bukan-rakan-alam-Adun-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 17 NOV: Program Komuniti Pembersihan Pantai Minyak Beku yang dianjurkan bersama oleh Adun Senggarang telah menyampaikan mesej ‘sampah bukan rakan alam semula jadi’

Menurut Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim, program tersebut dijalankan untuk menyedarkan orang ramai terhadap peri pentingnya penjagaan alam semua jadi.

Katanya pemilihan pantai Minyak Beku itu kerana ia adalah tempat tumpuan orang ramai sekitar Batu Pahat.

Advertisement

“Ini adalah langkah meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar di kalangan rakyat serta menjadikan persatuan-persatuan sebagai tulang belakang penjagaan alam sekitar atau semula jadi ini.

“Kita juga mahu memperingatkan kepada pengunjung yang hadir di kawasan ini supaya cintakan kebersihan serta disiplin dalam melakukan sebarang aktiviti di kawasan ini demi pemeliharaan alam sekitar.

“Program ini juga sekaligus mahu menyemai atau menanam sifat kerjasama dan perpaduan di antara orang awam, persatuan dan mana-mana pihak yang ingin terbabit,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu program tersebut menumpukan tempat-tempat yang kerap dikunjungi di pantai tersebut dengan mengadakan pelbagai aktiviti penjagaan serta kebersihan.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah memungut sampah sarap 14 kantung sampah telah dipungut dan dibuang ke tempat sampah sampah.

“Selain itu pihak kami juga memasang ‘sign board’ peringatan tentang perlunya memelihara alam anugerah tuhan kepada kita ini.

Advertisement

“Kita juga telah memasang tali keselamatan pendakian trak menaiki Bukit Segenting bagi kemudahan orang ramai serta tahap faktor keselamatan ketika pendakian,” katanya lagi.

Antara persatuan yang terbabit adalah, Pejabat Adun Senggarang, Pejabat Adun Penggaram, Lions Club Batu Pahat, Rotary Club Batu Pahat Mandarin, Tzu Chi Batu Pahat, Tokong Kuan Seng Kong Minyak Beku, Persatuan Media Cina Batu Pahat dan SWM Batu Pahat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top