BM | EN | 中文

Adun Senggarang mahu calonkan ‘Malayan Dunkirk-Battle of Senggarang’ di Batu Pahat tapak warisan sejarah

malayan-dunkirk-punggor-batu-pahat-johor.png
Advertisement

BATU PAHAT, 29 DIS: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim mahu mencalonkan Tapak Perang Dunia Kedua – Malayan Dunkirk – Battle of Senggarang sebagai tapak warisan sejarah selaras Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Menurutnya, penemuan terbaharu berkenaan dengan ‘Malayan Dunkrik – Battle of Senggarang’ semasa Perang Dunia Kedua telah dijumpai.

“Saya telah membawa perkara tersebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri Johor baru-baru ini dan apa yang pasti saya sendiri akan mencalonkan lokasi peristiwa sebagai tapak warisan sejarah.

Advertisement

Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim

“’Malayan Dunkirk’ ini merupakan peristiwa bersejarah melalui catatan peminat sejarah antarabangsa yang tidak diketahui oleh rakyat Johor. Kita mahu usaha ini dapat diteruskan bagi menjadi Batu Pahat dan Johor sebagai destinasi tarikan orang ramai.

“Sekiranya pencalonan ini berjaya dan kawasan sekitar ini akan menjadi tumpuan pelancong ia akan sekaligus menaikan ekonomi setempat serta penduduk sekitar akan dapat merasai kesan baiknya,” jelasnya.

Dalam pada itu sebuah akhbar nasional sebelum ini telah memaklumkan bahawa terdapat kajian sejarah yang dilakukan oleh Anggota Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Batu Pahat , Azlan Dato Mohd Sharif berkenaan dengan penemuan tempat itu.

Advertisement

Menurut rekod, Malayan Dunkirk – Battle of Senggarang, merupakan peristiwa di mana seramai 2,000 tentera British berjaya diselamatkan oleh pasukan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD.

Difahamkan terdapat beberapa pegawai tentera yang terlibat seperti Leftenan Ibrahim Alla Ditta (penerima Military Cross), Leftenan Yazid Azman dan Leftenan Muda Mohd Ali.

Mereka memainkan peranan yang sangat penting membantu tentera British daripada serangan tentera Jepun dalam permulaan Perang Dunia Kedua dalam peristiwa dikenali ‘Battle of Senggarang’.

Advertisement

Justeru itu kata Khairuddin, lokasi tersebut mempunyai nilai sejarah begitu tinggi namun belum ada sebarang usaha mengangkat kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan antarabangsa.

Beliau turut memohon kepada Adun Senggarang untuk memainkan peranan ini sekaligus dapat memartabatkan tempat tersebut sebagai tapak warisan sejarah di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top