BM | EN | 中文

Adun Senggarang lapor SPRM isu syarikat konsesi Johor

khairuddin-a-rahim-adun-senggarang-sprm-kontraktor-safwa-global.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 FEB: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim membuat laporan SPRM berkenaan isu konsesi melibatkan syarikat Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd yang menjadi pertikaian di kalangan kontraktor bumiputera baru-baru ini.

Laporan itu dibuat hari ini berkenaan beberapa perkara yang diyakini berlaku berlaku penyelewengan dalam lantikan syarikat tersebut.

Hadir sama pada sidang media pagi tadi ialah kira-kira 20 kontraktor bumiputera yang terkesan akibat sistem konsesi ini.

Advertisement

“Laporan ini dibuat kerana kita mencurigai terdapatnya penyelewengan dan salah laku kuasa. Justeru itu laporan ini memohon agar SPRM membuat siasatan.

“Antaranya berkenaan dengan lantikan syarikat (Safwa Global) dan bagaimana cara ia dilantik.

“Selain itu melalui maklumat yang diperolehi menunjukkan terdapat salah laku dalam sistem pengurusan dan perkara ini juga telah dilaporkan kepada SPRM.

Advertisement

“Kita juga menyenaraikan berkenaan fungsi JCCD yang dilihat cuba melangkaui kuasa yang sepatutnya ,” katanya pada sidang media di hadapan ibu pejabat SPRM Johor.

Beliau turut memaklumkan lebih 7,500 kontraktor G1 dan G2 tertutup pintu rezeki akibat sistem konsesi ini, selain ‘membunuh’ semua kontraktor dan pelajar yang bakal menjadi kontraktor atau usahawan pada masa akan datang.

“Kita menentang sistem ini. Ia bukan suatu gejala yang sihat untuk diamalkan oleh kerajaan. Kita mahu sistem ini dihapuskan.

Advertisement

“Kerajaan harus menghapuskan sistem ini dan kita mendesak agar perkara ini terus dihapuskan dengan kadar segera bagi memberi peluang kepada kontraktor yang lain,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top