BM | EN | 中文

Adun Senggarang anjur gotong-royong bersih kawasan pantai Minyak Beku

Ir-Khairuddin-bersih-pantai-Minyak-Beku-Adun-Senggarang.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 12 OKT: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim mengadakan program gotong-royong membersihkan pantai Minyak Beku, disini sebagai usaha menceriakan kawasan itu untuk menjadi tarikan orang ramai.

Menurutnya, kerja-kerja seperti menebang pokok dan menebas semak samun itu adalah bertujuan bagi keselesaan pengunjung untuk beriadah di kawasan tersebut.

“Program ini adalah anjuran Adun Senggarang dan veteran Minyak Beku yang mana insiatif sendiri bagi menceriakan kawasan sekitar ini.

Advertisement

“Selain kerja-kerja menebang pokok, membersihkan semak samun, kita juga membersih sampah sarap sepanjang pantai yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini.

“Tujuan kita lakukan gotong-royong ini adalah menampakkan keceriaan pantai kepada pengunjung yang datang khususnya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Selain itu kita juga mahu menanamkan sikap sayang dan cintakan pantai sebagai tempat tumpuan orang ramai di sini,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor turut mencadangkan kepada pihak berwajib untuk dilaksanakan pada masa akan datang.

“Kita mencadangkan agar meletakkan tapak permainan kanak-kanak seperti buaian, gelongsor dan jungkang-jungkit yang lebih mesra kepada kanak-kanak.

“Selain itu pihak berwajib juga perlu menaik taraf kemudahan tandas yang lebih mesra kepada pengungjung dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Advertisement

“Kemudahan seperti surau untuk pengunjung menunaikan solat, menambah kemudahan bangku di sepanjang pantai harus diberikan perhatian.

“Dalam tinjauan kita juga, kita dapati pemasangan lampu halaman yang mencukupi untuk mesra pengunjung di waktu malam serta melebarkan jalan utama masuk ke pantai yang sesak di waktu puncak.

“Terakhir adalah menggerakkan NGO tempatan untuk sukarelawan pembersihan pantai,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top