BM | EN | 中文

Adun Senai lancar kempen bantu pelajar beli peranti

bantuan-tablet-pelajar-senai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 FEB: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai, Alan Tee Boon Tsong melancarkan kutipan dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Senai, Johor mendapatkan peranti bagi tujuan pendidikan.

Kata Alan, kempen dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH) Kulai itu meletakkan sasaran 50 unit tablet khususnya bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan dari keluarga kurang berkemampuan.

Sebahagian daripada tablet tersebut telah diagihkan kepada pelajar-pelajar daripada lima buah keluarga merangkumi pelbagai kaum di kawasan ini baru-baru ini.

Advertisement

“Proses pengagihan untuk kawasan lain akan dilaksanakan secepat yang mungkin.

“Pandemik bukan halangan untuk menuntut ilmu. Sumbangan Tablet demi masa depan negara kita,” kata Alan dalam satu kenyataan.

Tanbah beluau kepada pihak yang berhasrat untuk menyumbangkan dan menyokong kempen ini boleh membuat derma melalui akaun rasmi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai 5011 0541 6518 (Maybank).

Advertisement

Dalam pada itu beliau memaklumkan, beberapa projek komuniti, termasuk antaranya kebun dan perpustakaan komuniti di pekan Senai turut diusahakan bersama ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan pengerusi DAP cawangan Senai sdr Chong Kui Ming.

“Dalam norma baharu ini, banyak aspek kehidupan telah berbeza berbanding dengan masa dulu.

“Kami berharap projek-projek komuniti sebegini akan menjadi pemangkin untuk menjaminkan keharmonian antara penduduk-penduduk di komuniti tersebut pada masa yang akan datang,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top