BM | EN | 中文

Adun Semerah temui pengarah JPS Johor usaha tangani ‘banjir termenung’

Mohd-Khuzzan-Adun-Semerah-temui-pengarah-JPS-Johor-usaha-tangani-banjir-termenung.jpg

Mohd Khuzzan (kiri) memantau kerja penyelenggaran bagi kawasan Kg Parit Orang Kaya di Mukim 2.

Advertisement

BATU PAHAT, 5 JUL: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan Pengarah Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Johor dalam usaha mengatasi ‘banjir termenung’ di kawasan itu.

Mohd Khuzzan dalam satu pemaklumannya memberitahu, pertemuan adalah bagi membincangkan mengenai rancangan kerja JPS Batu Pahat di dalam DUN Semerah bagi sepanjang tahun 2020.

“Alhamdulillah, beberapa isu berkaitan penyelengaraan dan pembersihan parit di dalam DUN Semerah dan parlimen Parit Sulong telah berjaya di selesaikan terutama isu ‘banjir termenung’ yang berlaku di Mukim 2, Bagan,” kata Khuzzan.

Advertisement

Mohd Khuzzan mengadakan pertemuan dengan Pengarah JPS Johor

Dalam pada itu kata Mohd Khuzzan memaklumkan JPS Batu Pahat juga telah memulakan kerja menyelenggara parit bagi kawasan Kg Parit Orang Kaya di dalam Mukim 2.

“Terima Kasih kepada JPS Batu Pahat kerana mendengar dan memberi respon segera kepada keluhan rakyat kawasan DUN Semerah,” katanya.

Batu Pahat merupakan antara lima daerah di Johor yang terjejas akibat banjir bulan lalu. Empat daerah lain yang turut terkesan adalah Pontian, Muar, Kluang dan Tangkak.

Advertisement

Seramai lebih 1,200 mangsa membabitkan hampir 300 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan air yang naik mendadak berpunca dari hujan lebat hampir selama kira-kira dua minggu.

Difahamkan, banjir yang melanda lima daerah di Johor bulan lalu disebabkan fenomena Ayunan Madden-Julian (MJO), mengakibatkan kawasan setempat itu menerima curahan hujan lebih tinggi berbanding kawasan lain.

Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fredolin Tangang, berkata fenomena itu mengakibatkan penumpuan kelembapan berlaku pada skala besar di bahagian selatan negara ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top