BM | EN | 中文

Adun Semerah sumbang oxymeter, alat pemantau tekanan darah kepada PKRC Batu Pahat

adun-semerah-mohd-khuzzan-serah-oxymeter-hospital-sultanah-nora-batu-pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 23 SEPT: Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar menyampaikan 30 unit Oxymeter dan 30 unit ‘blood pressure monitor’ untuk kegunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Batu Pahat.

Menurut Khuzzan sumbangan ini telah diterima melalui wakil Hospital Sultanah Nora Ismail, Timbalan Pengarah Hospital Dr Noridawati Bt Abd Manap, baru-baru ini.

“Untuk makluman, PKRC Batu Pahat akan memulakan operasi pada 20 September 2021 bagi menampung pertambahan mendadak pesakit yang telah disahkan positif Covid-19.

Advertisement

“Diharapkan, dengan sedikit sumbangan saya ini, dapat membantu para petugas di PKRC Batu Pahat dalam memberi khidmat kepada para pesakit Covid19 nanti.

“Moga kita semua dilindungi Allah dan bebas dari virus Covid-19,” kata Khuzzan.

Dalam perkembangan lain, Khuzzan turut menyerahkan set gergaji rantai kepada balai bomba dan penyelamat Jalan Mohd Khalid disini.

Advertisement

“Memandangkan terdapat banyak pokok-pokok yang merimbun di sepanjang jalan Muar – Batu Pahat, pasukan bomba penyelamat amat memerlukan peralatan mesin sekiranya berlaku kejadian pokok tumbang.

“Untuk makluman, saya pernah menyumbangkan sebanyak sebuah mesin sebelum ini untuk kegunaan pasukan Bomba sebelum ini

“Diharapkan dengan sumbangan kecil ini dapat membantu pasukan bomba memberi khidmat bakti kepada masyarakat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top