BM | EN | 中文

Adun Semerah sumbang minyak percuma kepada penghantar makanan di Batu Pahat

Adun-Semerah-sumbang-minyak-percuma-kepada-penghantar-makanan-di-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 13 OKT: Menyedari kepentingan sektor perkhidmatan seperti penghantaran makanan selain mengurangkan beban kewangan susulan pandemik Covid-19, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar tampil menghulurkan bantuan.

Menurut Khuzzan, inisiatif pemberian minyak petrol percuma kepada 100 pemilik motosikal yang rata-rata penghantar barangan (rider) bertujuan meringankan beban masyarakat yang berdepan ketidak tentuan harga minyak dunia termasuk rakyat yang terjejas akibat pandemik hampir dua tahun.

“Sepanjang bermula PKP 1.0 hingga ke Pelan Pemulihan Negara, golongan ‘Food Rider’ atau penghantar makanan merupakan nadi utama kepada masyarakat sepanjang tempoh berkurung di dalam rumah masing-masing.

Advertisement

“Oleh itu, sebagai tanda terima kasih kepada mereka, saya bersama teman-teman dari Cabang KEADILAN Batu Pahat, Wanita KEADILAN Batu Pahat dan Wanita KEADILAN Negeri Johor telah bersama bagi menyumbangkan minyak motor percuma kepada 100 orang Food Rider di bandar Batu Pahat,” katanya pada program tersebut di sini, Sabtu lalu.

Beliau berharap inisiatif ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan susulan pandemik selain menjimatkan perbelanjaan harian mereka.

Dalam pada itu Khuzzan turut mengucapkan kepada Red Bull Malaysia yang sudi menaja air tin Red Bull untuk diserahkan kepada ‘food rider’.

Advertisement

“Terima kasih juga kepada semua mereka yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.

“Kepada ‘Food Riders’, berhati-hati di jalan raya dan moga terus bersemangat dalam menghadapi hari mendatang,” kata Khuzzan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top