BM | EN | 中文

Adun Semerah serah bakul makanan, kit ujian RTK kepada balai bomba Batu Pahat

Adun-Semerah-serah-bakul-makanan-kit-ujian-RTK-kepada-balai-bomba-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 18 SEPT: Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar menyerahkan bantuan bakul makanan dan unit kit ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Batu Pahat.

Menurut beliau terdapat anggota bomba dan ahli keluarga mereka yang dijangkiti Covid-19 dan penyerahan unit kit ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) adalah bagi mengurangkan kos ujian kendiri mereka yang terkesan.

“Alhamdulillah, pada hari ini saya sempat singgah ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Mohd Khalid, Batu Pahat bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga Anggota Bomba yang menjalani kuarantin kendiri.

Advertisement

“Untuk makluman, sebanyak 38 keluarga telah menjalani perintah kuarantin kendiri susulan terdapat jangkitan Virus Covid19 di Balai Bomba Jalan Mohd Khalid.

“Saya juga turut menyumbangkan 38 set RTK ActigenTest sebagai persediaan Pasukan Bomba berdepan dengan virus Covid19 berikutan risiko pekerjaan yang mereka hadapi.

“Moga Allah melindungi kita semua yang terutama pasukan barisan hadapan kita,” kata Khuzzan dalam kenyataan.

Advertisement

Dalam perkembangan sama, Khuzzan turut menyampaikan sumbangan kepada tujuh keluarga penduduk di Rumah Pangsa Jalan Pantai yang sedang menjalani perintah kuarantin kendiri.

Selain itu, bantuan bekalan makanan turut disampaikan kepada Surau Taman Koperasi Bahagia bagi Program Gobok Rezeki yang diuruskan oleh jawatankuasa surau itu.

“Saya bersama Ketua Kampung Encik Syukri telah menghantar bantuan bekalan makanan kepada mereka yang sedang menjalani perintah kuarantin kendiri.

Advertisement

“Jumlah jangkitan Virus Covid19 di Daerah Batu Pahat boleh dikatakan pada tahap yang membimbangkan.

“Hampir setiap hari, Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah menerima laporan mengenai keluarga yang menjalani perintah kuarantin kendiri.

“Moga dengan sedikit bantuan saya ini dapat membantu mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top