BM | EN | 中文

Adun Semerah cadang wujudkan PPV di setiap daerah di Johor

mohd-khuzzan-abu-bakar-1.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 23 MEI: Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) di setiap daerah di negeri Johor.

Khuzzan dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiranya perkara itu tidak dapat dibuat, kerajaan boleh mempertimbangkan pembukaan PPV mengikut wilayah iaitu Johor utara, Johor tengah dan Johor selatan.

“PPV bagi vaksin Astra Zeneca ini hanya diwujudkan di Johor Bahru sahaja. Ini pasti memberi kesulitan kepada penerima vaksin ini.

Advertisement

“Apatah lagi, golongan warga emas diberi keutamaan dalam program pemvaksinan ini.

“Terdapat isu utama yang sedang berlegar di kalangan rakyat Johor.

“Dipohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid19 (JKJAV) dapat mempertimbangkan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZaneca di setiap daerah.

Advertisement

“..ataupun dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu Johor utara, Johor tengah dan Johor selatan.

“Dengan kes jangkitan semakin meningkat. Sewajarnya, Kerajaan Pusat harus memudah dan mempercepatkan proses pemberian vaksin ini,” katanya.

Terdahulu, Putrajaya telah mengumumkan untuk membuka pendaftaran secara sukarela bagi program Vaksin Covid-19 (Astra Zeneca) untuk kali kedua dengan kali ini diperluaskan ke tiga negeri iaitu Pulang Pinang, Sarawak dan Johor.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top