BM | EN | 中文

Adun Semerah cadang PPV tambahan di Rengit atau Senggarang

Mohd_Khuzzan_Abu_Bakar.jpeg
Advertisement

BATU PAHAT, 14 JUN: Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar mencadangkan pusat pemberian vaksin dibuka di Rengit atau Senggarang bagi memudahkan proses vaksinasi orang ramai.

Mohd Khuuzan dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara lokasi yang sesuai dicadangkan ialah di Dewan Muafakat, Rengit dalam daerah Batu Pahat.

“Langkah lebih proaktif akan dapat diambil untuk terus menyediakan kemudahan pemberian dan hak vaksin kepada rakyat setempat secara menyeluruh.

Advertisement

“Reaksi orang ramai tentang masalah kekurangan PPV di seluruh negara menjejaskan sasaran pemvaksinan menunjukkan kepekaan rakyat dalam sama-sama berjuang memutuskan rantaian wabak Covid-19,” katanya.

Ujarnya lagi, langkah tertentu perlu diambil, kerana orang ramai menyambut baik tindakan pihak berkuasa menambah PPV di beberapa lokasi strategik.

Mohd Khuzzan menambah, selain PPV sedia ada di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat dan Dewan Orang Ramai Parit Raja, dua PPV tambahan di kawasan Parit Sulong dibuka mulai hari ini iaitu di MRSM Parit Sulong dan PPV Bergerak, sebuah bas dengan kelengkapan operasi vaksinasi.

Advertisement

Bagi PPV bergerak, lokasi utama ialah Kompleks Mukim 1 Lubok akan beroperasi di kawasan pekan Semerah, Semerah Darat, Sg Nibong, dan Kg Lubok dan 14 hinggfa 18 Jun, manakala di kawasan Parit Kuda, Parit Gantung dan kawasan sekitar pada 21 hingga 25 Jun.

“Untuk makluman, PPV ini akan beroperasi jam 9 pagi hingga 5 petang dengan keutamaan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas, samaada yang telah mendaftar atau belum.

“Oleh itu, diharap para penduduk Semerah khususnya warga emas dapat mengambil manfaat ini untuk mendaftar dan memperolehi dos vaksin di PPV-PPV tambahan ini,” kata Mohd Khuzzan lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top