BM | EN | 中文

Adun Semerah bangkit isu kawasan dalam pertemuan dengan YDP MPBP

khuzzan-temu-ydp-MPBP.jpg

Mohd Khuzzan (kanan) dalam pertemuannya dengan YDP MPBP, Kamaludin Kamal

Advertisement

BATU PAHAT, 18 JUL: Pelbagai isu dalam kawasan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah, Mohd Khuzzan Abu dalam pertemuannya dengan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Kamaludin Kamal.

Menurut beliau, antara isu yang dikemukakan beliau ialah status terkini pembinaan Medan Selera yang baru di Benteng, Peserai, sistem perparitan di kawasan pengurusan MPBP, isu masalah trafik selain sistem parkir di Jalan Mohd Akil dan kawasan sekitar.

“Alhamdulillah, diberi peluang dan kesempatan untuk mengadakan pertemuan empat mata bersama YDP MPBP.

Advertisement

“Pertemuan dipenuhi dengan agenda pembangunan dan keluh kesah rakyat berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi setiap hari,” menurut Khuzzan dalam pertemuannya 16 Julai lalu.

Selain itu, antara perkara yang dibincangkannya termasuk cadangan pemasangan papan iklan LED di Simpang Lima, Peserai dan pembinaan monumen di pekan Semerah.

“Beberapa perkara lagi (dibincangkan) yang pastinya akan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di dalam DUN Semerah dan penduduk di bandar Penggaram amnya.

Advertisement

Mohd Khuzzan melawat projek naiktaraf balai raya di Kg Semerah Darat

“Terima Kasih diucapkan kepada Tuan YDP dan warga MPBP atas tugasan sepanjang tempoh PKP yang lepas,” katanya lagi.

Dalam pada itu Mohd Khuzzan turut sempat melawat projek menaiktaraf balai raya di Kg Semerah Darat.

“Alhamdulillah, permohonan yang diusahakan oleh saya telah hampir siap sepenuhnya dengan pertambahan menaik taraf gelanggang sepak takraw bagi kegunaan penduduk Kg Semerah Darat,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top