BM | EN | 中文

ADUN Sedili teruskan tradisi lawatan bersama jabatan untuk atasi isu rakyat

rasman-1.jpg

Rasman (kiri) bersama Wan Ahmad (kanan) meninjau masalah perparitan di kawasan DUN Sedili.

Advertisement

KOTA TINGGI, 16 JAN : ADUN Sedili meneruskan tradisi melakukan lawatan bersama jabatan kerajaan bagi mengenal pasti isu-isu yang dihadapi penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan sekali gus mencari solusi.

ADUN tersebut, Rasman Ithnain berkata, lawatan bersama Jabatan Pengairan Saliran (JPS) hari ini bertujuan untuk mengatasi isu perparitan yang mengakibatkan banjir berlaku.

“Sebelum ini saya bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melakukan lawatan. Hari ini bersama jurutera JPS daerah pula melakukan lawatan ke kawasan yang ada masalah untuk diatasi.

Advertisement

“Walaupun ada beberapa isu yang timbul semasa lawatan, isu-isu ini akan cuba diselesaikan mengikut kepada peruntukan diterima agensi.

“Program seperti ini sudah diamalkan sejak dulu lagi supaya kita dapat libatkan sekali pengerusi MPKK, penghulu dan jabatan-jabatan untuk atasi masalah bersama,” katanya kepada Johorkini.

Hadir sama pada lawatan itu, Jurutera JPS Kota Tinggi, Wan Ahmad Hazmil Wan A Aziz.

Advertisement

Rasman turut memberitahu, melalui pendekatan tersebut agensi kerajaan terlibat juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci masalah dihadapi beserta peruntukan yang diperlukan untuk mengatasinya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top