BM | EN | 中文

ADUN SEDILI HADIR MAJLIS KONVOKESYEN ANAK DI LUAR NEGARA, BUKAN ‘HILANG’ KETIKA BANJIR

Rasman.jpg

Rasman ketika meninjau rumah penduduk yang terlibat banjir sebelum ke luar negara menghadiri majlis konvokesyen anaknya di di University of Nebraska-Lincoln.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 DIS : Adun Sedili, Rasman Ithnain menyangkal dakwaan tidak turun ke kawasan dan ‘hilang’ ketika bencana banjir melanda kawasan itu.

Katanya, hanya tahun ini sahaja beliau tidak terlibat sepenuhnya dengan misi bencana banjir kerana perlu menghadiri majlis konvokesyen anaknya di University of Nebraska-Lincoln.

“Sejak sebelum menjadi Yb (Yang Berhormat) lagi, saya suka melakukan kerja kebajikan selain dalam bidang pendidikan ada bantuan-bantuan seperti banjir yang telah saya lakukan bermula dari tahun 2006 sehingga sekarang dan sudah berbelas tahun.

Advertisement

“Cuma tahun ini saya tidak terlibat sepenuhnya kerana anak bongsu saya konvo (kovokesyen) di Nabriska di mana pekara ini (perancangan ke majlis konvo) telah di atur lama.

“Sebelum pergi menghadiri majlis konvo anak telah berlaku banjir di Mawai. Bahkan saya bersama penghulu dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Mawai telah pun ke rumah mangsa dan meninjau situasi banjir sebelum banjir yang agak teruk melanda kawasan,” katanya kepada JohorKini.

Tambahnya, ramai pengundi di kawasan telah tahu dan telah dimaklumkan tentang pemergian beliau ke majlis konvokesyen anaknya dan perkara itu seharusnya tidak wajar dipolitikkan.

Advertisement

Jelasnya, sepanjang anak beliau belajar diluar negara itu beliau tidak pernah menghantar mahupun melawat.

“Tetapi inilah kenangan keluarga kami menyaksikan kejayaan anak bongsu pada majlis konvokesyennya.

“Sepatutnya ia tidak boleh dipolitikkan. Selama 13 tahun bergerak dalam membantu mangsa banjir tetapi hanya beberapa hari tiada di dalam kawasan kerana banjir telah dipolitikkan.

Advertisement

“Kenapa tidak cerita kerja kebajikan selama 13 tahun yang pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi kenyataan dimuatnaik di Facebook pro-pembangkang mendakwa Adun Sedili ‘hilang’ ketika banjir besar sedang melanda kawasan berkenaan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top