BM | EN | 中文

Adun sambut baik garis harapan masa depan pendidikan

IMG-20200109-WA0001.jpg

Cheo Yee How

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 JAN: ADUN negeri ini menyambut baik hasrat kerajaan negeri dalam menggariskan masa depan pendidikan di negeri ini.

ADUN Perling, Cheo Yee How berkata, langkah diambil Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminohuda Hassan dalam membawa teknologi kepada pendidikan merupakan langkah yang baik.

Katanya, sudah tiba masa teknologi seperti robotik diambil berat oleh kerajaan selari dengan permintaan dunia global semasa.

Advertisement

“Perkara ini sangat baik dan sistem pendidikan kita harus berusaha mengembangkan bidang teknologi ini secara mampan serta efektif.

“Kita harus mendedahkan murid-murid dan anak muda kepada teknologi robotik kerana teknologi ini semakin mendapat sambutan di dunia.

“Kita tidak mahu anak muda ketinggalan dari segi teknologi dan usaha kerajaan ini seiring dengan negara maju lain. Saya harap perkara ini dapat dijadikan kaedah baharu pendidikan di negeri ini,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, menurut ADUN Maharani, Norhayati Bachok berkata, peruntukkan RM1 juta bagi pelaksanaan tuisyen Bahasa Inggeris untuk sekolah yang terlibat seperti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) merupakan langkah yang tepat.

Norhayati Bachok

“Hasrat kerajaan membantu pendidikan murid di negeri ini jelas dilihat apabila peruntukan yang diberi dapat membangunkan pendidikan di sekolah yang dikenalpasti.

“Selain itu, garis harapan masa depan pendidikan dengan program membina jati diri untuk melahirkan kepimpinan masa depan murid amatlah baik,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan perlu konsisten dalam menjayakan masa depan murid-murid di sekolah agar bidang yang diminati mereka dapat disalurkan ketika mereka tamat persekolahan.

“Kita mahu melihat kerajaan cakna perihal murid di sekolah dengan menyalurkan mereka pada perkara yang diminati pada masa akan datang,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top