BM | EN | 中文

ADUN RENGIT SEDIA SERAH KERUSI PADA PAS

Ayub-e1574934226133.jpg

ISKANDAR PUTERI, 28 NOV : Adun Rengit, Ayub Jamil berkata, beliau sanggup menyerahkan kerusinya kepada Pas sebagai tanda Penyatuan Ummah yang utuh berlaku antara UMNO dan Pas.

Perkara itu disuarakan beliau di hadapan Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat sewaktu perbahasan Belanjawan Johor 2020 di sidang DUN.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Speaker DUN Johor bertanyakan soalan adakah beliau rela melepaskan kerusi beliau dan memberi laluan kepada Pas untuk bertanding di kerusi tersebut.

Ayub dengan tegas menjawab beliau bersedia menyerah kerusi berkenaan kepada parti sahabat baharu mereka itu.

Akibat dari kenyataan tersebut ia membuatkan dewan menjadi riuh sejenak kerana kenyataan beliau itu dikatakan mengaitkkan dasar antara beliau dan UMNO Batu Pahat.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top