BM | EN | 中文

Adun Pulai Sebatang terus tabur bakti

taqiuddin-cheman-turun-padang.jpg
Advertisement

PONTIAN, 18 OKT: Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman meneruskan program kerja bakti untuk penduduk di kawasan DUN itu melalui beberapa aktiviti berbentuk kemasyarakatan di sini.

Antara program diadakan termasuk menyantuni golongan yang kurang berkemampuan dan bertemu penduduk kampung yang menjadi program rutin.

“Sumbangan secara berkala memang pihak kami lakukan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan yang kurang bernasib baik. Ini adalah resam kita sebagai wakil rakyat dalam mengusahakan bantuan kepada golongan tersebut.

Advertisement

“Program seperti ‘mengeteh’ bersama penduduk kampung di gerai makan secara harian dan mingguan turut diadakan bagi mendekatkan diri orang kampung dengan wakil rakyat.

“Dalam berborak dengan penduduk kampung, kita akan mendengar luahan mereka berkenaan masalah dan isu setempat yang saya perlu ambil untuk diselesaikan,”ujarnya.

Taqiuddin yang juga merupakan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat untuk mengadakan program seperti itu.

Advertisement

Selain itu, beliau turut membuka laluan kepada orang ramai bagi menyuarakan pandangan serta cadangan penambahbaikan.

“Saya ada meninjau sistem saliran dan perparitan di kawasan kampung di sini bagi memastikan tindakan awal dibuat bagi menggelakkan banjir kilat tidak berlaku.

“Ini semua hasil aduan dan suara penduduk kampung kepada saya sepanjang program kemasyarakatan dijalankan.

Advertisement

“Saya akan terus berusaha membawa suara mereka ke peringkat tertinggi bagi memastikan ia terus diperjuangkan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top