BM | EN | 中文

ADUN PULAI SEBATANG SERAH RM25,000 UNTUK SURAU KAWASAN 2 MUKIM API-API

Adun-pulai-sebatang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 DIS: Surau Kawasan 2 Mukim Api-Api, Pulai Sebatang, Pontian menerima peruntukan khas berjumlah RM25,000 dari pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang.

Menurut Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman, peruntukan berjumlah RM25,000 disalurkan dalam bentuk tiga set kanopi dilengkapi kerusi dan meja serta 90 helai kain pasang untuk tiga kumpulan kendarat surau berkenaan.

“Surau Kawasan 2 Mukim Api-Api merupakan surau yang aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.

Advertisement

“Maka, peruntukan ini dapat memperkasakan lagi aktiviti dan program komuniti penduduk setempa,” katanya ketika merasmikan Program Khatan Perdana di Pulai Sebatang, hari ini.

Tambah Taqiuddin lagi, surau ini merupakan pusat sehenti yang turut menyediakan kelengkapan untuk komuniti menjalankan majlis dan kenduri.

Sementara itu, Ketua Kampung Kawasan 2 Mukim Api-Api, Samsudin Admin berkata peruntukan yang disalurkan itu sangat membantu bagi mengupayakan aktiviti komuniti.

Advertisement

“Dengan tiga set khemah dan pakaian untuk tiga kumpulan kendarat, ianya dapat mengaktifkan lagi surau dan makmumnya,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top