BM | EN | 中文

Adun Pulai Sebatang desak kerajaan Johor segerakan peruntukan selenggara sungai

taqiuddin-cheman-adun-pulai-sebatang-banjir-pontian-johor.jpg
Advertisement

PONTIAN, 6 SEPT: Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman mendesak agar kerajaan negeri menyegerakan kerja-kerja selenggara sungai di kawasan Pontian.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor berkata bahawa banjir yang melanda DUN Pulai Sebatang serta beberapa kawasan di sekitar Pontian berpunca dari sungai yang tidak diselenggara.

“Berikutan bencana banjir yang melanda di daerah Pontian beberapa hari ini, saya turun meninjau keadaan di beberapa tempat yang terkesan terutamanya di Mukim Api-Api dan Mukim Ayer Baloi.

Advertisement

“Hasil tinjauan saya mendapati sistem perparitan di kawasan yang terlibat terutamanya parit-parit yang terhubung dengan Sungai Sanglang dan Sungai Ayer Baloi kurang memuaskan dan memerlukan penyelenggaraan dari pihak JPS dengan segera.

“Antara tindakan yang perlu segera dilaksanakan adalah usaha menggali semula Sungai Ayer Baloi dan Sungai Sanglang bermula dari kuala sehingga ke hulu sungai.

“Ini bagi memastikan bencana banjir seumpama ini tidak perlu lagi menjadi kerisauan penduduk di sekitar di masa hadapan.

Advertisement

“Saya memohon agar kerajaan negeri dapat menyegerakan peruntukan penyelenggaraan di DUN Pulai Sebatang bagi mengatasi masalah ini di masa hadapan,” ujarnya.

Beliau sebelum ini telah menggerakkan jentera dari Pemuda dan Parti Amanah Johor untuk membantu mangsa yang terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa kawasan baru-baru ini.

Sehubungan dengan itu pihaknya turut mempersoalkan jentera bagi membantu sekiranya banjir masih serta akan melanda di beberapa kawasan di Pontian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top