BM | EN | 中文

Adun Pulai Sebatang cadang tubuh jawatankuasa bertindak cegah rasuah politik

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 18 MAC: Sebuah jawatankuasa ditubuhkan perlu ditubuhkan bagi mencegah rasuah politik, saran Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman.

Katanya, ia susulan keadaan politik yang tidak menentu, dibimbangi kejadian membeli dan mengugut ahli parlimen terus berlaku.

Beliau membayangkan negara akan mengalami pelbagai masalah sekiranya budaya itu terus berlarutan.

Advertisement

“Sebelum ini terdapat suara dari kalangan ahli parlimen, Adun dan orang awam mencadangkan agar undang-undang anti lompat parti diwujudkan.

“Pelbagai lagi cadangan termasuk menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi membendung gejala rasuah politik serta mengugut ahli parlimen dan Adun ketika ini.

“Jawatankuasa ini boleh melibatkan pelbagai agensi termasuk SPRM, PDRM serta agensi penguatkuasa yang lain,” ujarnya.

Advertisement

Adun Pulai Sebatang itu berkata, sistem demokrasi negara akan rosak apabila sikap dan gejala yang berlaku ini terus dibiarkan.

Ia juga jelasnya, akan merosakkan generasi muda seolah membeli, mengugut dan rasuah adalah budaya politik demokrasi.

“Ini bukan contoh baik untuk ditonton generasi akan datang dan gejala ini membuatkan negara tidak akan berjaya mengubah apa-apa.

Advertisement

“Bagaimana sekiranya kerajaan yang tertubuh hasil membeli, ugut dan rasuah wakil rakyat?

“Pastinya tidak ada lagi suara untuk mengubah kerajaan tersebut kerana wang menjadi taruhannya,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, anak muda perlu mengubah keadaan yang berlaku ini untuk memastikan demokrasi negara terus terpelihara.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top