BM | EN | 中文

Adun PH wajar dilibatkan dalam MTEN Johor – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 16 MAC: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Chew Chong Sin mencadangkan kerajaan Johor melibatkan Adun Pakatan Harapan (PH) dalam majlis tindakan ekonomi negeri Ibrahim, iaitu Johor Economic Council (IJEC).

Beliau dalam satu kenyataan semalam mengulangi cadangan yang pernah dibentangkannya pada sidang Dewan Negeri (DUN) Johor pada November 2020.

“Adun PH harus dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis tindakan ekonomi negeri, Ibrahim Johor Economic Council (IJEC) demi usaha dan merangka strategi-strategi yang lebih efektif dalam mendorong pemulihan ekonomi Johor bersama-sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Dalam pada itu kata Chong Sin, demi pemulihan ekonomi negeri dan ekonomi negara, pemberian vaksin perlu diberi keutamaan kepada sektor-sektor ekonomi strategik agar dapat mendorong aktiviti ekonomi dan mencapai tahap faedah yang maksimum.

Katanya aktiviti ekonomi Johor bergantung rapat dengan ekonomi Singapura.

Justeru itu kata Chong Sin, pekerja di bahagian berkenaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai harus diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin demi persediaan pemulihan aktiviti ekonomi antara Johor dan Singapura.

Advertisement

“Keupayaan menyaring Covid-19 dan makmal ujian sampel saringan di CIQ harus dipersempurnakan secepat mungkin.

“Keutamaan pemberian vaksin oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID- 19 (JKJAV) harus mengikut aspek pendedahan risiko, tahap kritkal dan sektor ekonomi yang penting untuk pemulihan ekonomi negara,” katanya lagi.

Tambah beliau, pegawai yang bekerja di pejabat dengan profil risiko rendah tidak harus dikategorikan dalam senarai petugas barisan hadapan dalam fasa pertama.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top