BM | EN | 中文

Adun PH Johor serah borang isytihar harta hari ini

Adun-PH-Johor-serah-borang-isytihar-harta-kepada-Speaker-DUN-31-Mei-2020.jpg

Adun-Adun Pakatan Harapan (PH) Johor menyerahkan borang perisytiharan harta kepada Speaker DUN, Suhaizan Kaiat

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 31 MEI: Ahli-ahli Dewan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyerahkan borang pengisytiharan harta kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat di pejabatnya hari ini.

Menurut Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, ia adalah usaha komited untuk memastikan akauntibiliti dan intergriti dalam pentadbiran.

Katanya, semua Adun PH Johor menyerahkan borang bersama pada tarikh 31 Mei 2020, iaitu sehari sebelum tarikh tamat penyerahan pada 1 Jun 2020.

Advertisement

“PH Johor terus komited dalam usaha memastikan akauntibiliti dan integriti pentadbiran seiring agenda yang dibawa oleh PH.

“Ia mematuhi notis penisytiharan harta yang telah ditetapkan melalui sidang dewan (Dun) dan ia telah diluluskan pada 1 Disember 2019 lalu,” kata Aminolhuda pada sidang media hari ini.

[BACA: Isytihar harta Adun sentiasa termaktub sebagai undang-undang negeri Johor]

Advertisement

Katanya, meskipun kerajaan negeri telah bertukar, beliau berharap polisi baik yang diperkenalkan PH diteruskan, lebih-lebih lagi apabila tiada sebarang notis baru dikeluarkan kerajaan hari ini.

“Tindakan tatatertib atau disiplin boleh diusulkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan sekiranya ada Adun yang gagal mematuhi arahan,” katanya lagi. – Johorkini

Like, Subscribe, Follow & Share

Advertisement

Sokong portal media & berita dari Johor

Tepat – Informatif – Kreatif

Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV

Advertisement

Telegram https://t.me/johorkinimy

Twitter https://twitter.com/myjohorkini

Instagram http://instagram.com/johorkini.my

Advertisement

Website http://johorkini.my

Facebook http://facebook.com/jkini.my

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top