BM | EN | 中文

ADUN PERLING SARAN KERAJAAN NEGERI BENTUK PASUKAN KHAS TANGANI MASALAH SETINGGAN

698C2C66-FFF2-49DE-BD83-54F6557008CD.jpeg
Advertisement

OLEH : AMNI JAGAT

JOHOR BAHRU, 16 OGOS: Adun Perling Cheo Yee How menyarankan kerajaan negeri Johor menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau dan menguruskan perumahan setinggan yang terutamanya di kawasan Johor Bahru.

Yee How berkata terdapat banyak setinggan yang dibina selama ini yang perlu diurus sebaik mungkin bagi menangani nasib penduduk.

Advertisement

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri fokus dalam menubuhkan sebuah Pasukan Khas untuk menangani permasalahan setinggan di negeri ini.

“Daerah Johor Bahru antara kawasan yang terdapat banyak kawasan setinggan dan kita perlu bersedia dengan apa sahaja permasalahan tentang pelbagai tuntutan terhadap rakyat.

“Kita tidak mahu nasib mereka tidak dibela sekiranya apa-apa yang berlaku pada pentadbiran dan sampai bila perkara ini tidak dapat diselesaikan secara konsisten,” katanya ketika ditemui di program penjelasan berkenaan dengan setinggan Kampung Bakar Batu Perling.

Advertisement

Yee How turut menyarankan supaya pasukan khas tersebut turut disertai jabatan dan agensi berkaitan supaya memudahkan pengurusan permasalahan setinggan di Johor ini.

Menurutnya lagi, selain menyelesaikan masalah penduduk, pasukan khas tersebut juga dapat membantu mencapai  keputusan yang ‘menang-menang’ diantara penduduk terlibat dan juga pihak pemaju.

Sementara itu, Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor Dzulkefly Ahmad pula berkata isu setinggan memang menjadi masalah sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.

Advertisement

“Kita sudah kemukakan sebelum ini, namun selepas itu bila saya semak dengan pegawai daerah, memang tiada ‘master plan’ bagi menguruskan isu ini,” kata Dzulkefly.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan mewujudkan pasukan khas bagi menangani masalah setinggan di Johor dalam jangka masa panjang.

“Kerajaan perlu ada keputusan yang holistik dalam isu ini agar segala permasalahan seperti penerokaan tanah yang baru oleh penduduk setinggan dapat diselesaikan dengan wujudnya Pasukan Khas ini,” katanya lagi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top