BM | EN | 中文

Adun Perling pelawa Tuan Ibrahim lihat sendiri lori hantar sayur di Tambak Johor

Tuan-Ibrahim-Tuan-Man.jpg

Tuan Ibrahim Tuan Man (Gambar Ehsan The Star)

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa pemandu lori yang berulang-alik menghantar sayur ke Singapura tidak perlu mengkuarantin diri dilihat tidak sensitif dan bersifat tuduhan semata-mata.

Adun Perling, Cheo Yee How berkata, seorang menteri seperti Tuan Ibrahim perlu bersikap rasional dan menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

Adun Perling, Cheo Yee How

Sepatutnya kata Yee How, seorang menteri perlu cakna dengan masalah dihadapi dan bukannya membuat tuduhan seolah-olah rakyat tidak patuh kepada peraturan.

“Beliau perlu tahu betapa susahnya rakyat Malaysia di Johor khususnya yang berkerja di Singapura terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk mereka mencari sesuap nasi.

“Tuduhan terhadap pemandu lori ini tidak munasabah kerana susah payah mereka seperti tidak langsung dipandang oleh kerajaan.

“Kenyataan tersebut telah mengguris hati rakyat Malaysia di seberang tambak,” katanya.

Pada 23 Ogos, Tuan Ibrahim dalam satu kuliah yang disiarkan secara langsung di laman facebooknya berkata, pemandu lori yang berulang-alik menghantar sayur ke Singapura tidak perlu melakukan kuarantin diri.

Ia dilihat hujah mempertahankan rakannya, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali yang tidak menjalankan kurantin kendiri selepas pulang daripada Turki.

Justeru itu Yee How berkata, Tuan Ibrahim perlu berhenti dari memperbodohkan rakyat Malaysia melalui kenyataan yang tidak munasabah.

Katanya, jika Khairuddin telah melakukan kesalahan, tidak perlu mana-mana pihak membela, sebaliknya meletakkan kepercayaan kepada penguatkuasaan undang-undang.

Gambar Ehsan Media Corp

“Janganlah terlalu membela kawan sehingga membelakangkan nasib rakyat yang sedang terbeban ketika ini.

“Saya mohon untuk beliau (Tuan Ibrahim) berhenti dari memperbodohkan rakyat dengan kenyataan naif seperti itu.

“Beliau perlu tahu SOP yang ditetapkan bukan dengan menuduh sebarangan keadaan yang berlaku di Tambak.

“Saya ingin mengajak beliau untuk datang ke Johor melihat sendiri bagaimana lori sayuran setiap hari berulang alik di Tambak (Johor) untuk beliau maklum akan hal tersebut.

“Beliau perlu lihat dengan matanya sendiri,” kata How lagi.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top