BM | EN | 中文

Adun Perling buka kaunter bergerak pendaftaran vaksinasi Covid-19

cyh.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 APR: Adun Perling, Cheo Yee How mahu terus berbakti membantu rakyat dengan mendaftarkan mereka bagi mendapatkan vaksin melalui pembukaan kaunter bergerak di sekitar Dun Perling.

Beliau yang sebelum ini turut mengadakan sanitasi percuma di Dun Perling mengajak orang ramai hadir ke kaunter bergerak mereka untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19.

“Saya lega dengan sambutan menggalakkan setakat ini dari penduduk setempat yang sedar pentingnya pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Advertisement

“Namun pihak kami masih belum berpuas hati dan akan terus menggerakkan lagi kaunter ini ke kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai dalam Dun Perling.

“Ini adalah sebagai usaha kami demi menyelamatkan rakyat di negara ini dari terus dibelenggu dengan masalah Covid,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kerajaan terus memberikan sokongan kepada pelbagai pihak yang berusaha untuk membantu dalam mendaftarkan rakyat bagi menerima suntikan vaksin berkenaan.

Advertisement

Tambahnya, program penerangan dan kempen berkenaan vaksin perlu dipergiatkan bagi menghilangkan rasa bimbang oleh rakyat.

“Kerajaan juga perlu memberi sokongan seperti menyediakan pondok untuk kami meletakkan meja kaunter.

“Setakat ini pihak kami masih tidak dihalang, namun kami khuatir jika di tempat lain berlaku masalah seperti dihalang pihak berwajib.

Advertisement

“Dalam pada itu, kempen kesedaran vaksin perlu dilakukan kerajaan agar rakyat mendaftarkan diri secara sukarela,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top