BM | EN | 中文

Adun Penggaram turun padang, tinjau masalah banjir di Taman Damai 2

Gan-Peck-Cheng-Penggaram-Banjir-Taman-Damai-2.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 4 NOV: Ketibaan musim tengkujuh yang membawa bersama hujan sehingga berlarutan selama beberapa minggu setiap kali menjelang hujung tahun dijangka boleh menyebabkan kejadian banjir kilat.

Lantaran itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram, Gan Peck Cheng mengambil inisiatif turun padang ke kawasan perumahan antaranya ke Taman Bakti 2 di tengah bandar Batu Pahat bagi meninjau kerja-kerja penyenggaraan utiliti awam.

Melalui pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) kata Peck Cheng, diharap dapat memantau sistem perparitan sedia ada agar ia mampu mengalirkan air dengan baik dan mengelakkan rumah-rumah di kawasan ini daripada dinaiki air.

Advertisement

“Saya bersama En. Ridzuan, Penolong Jurutera Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bertemu dengan penduduk wakil Taman Damai 2.

“Pertemuan bagi meneruskan perbincangan berkaitan permasalahan banjir kilat yang sering melanda taman perumahan tersebut dan sekitarnya.

“Kami mengadakan perbincangan di lapangan bagi melihat secara terus kerja-kerja yang telah dijalankan, serta mendapatkan respon dan beberapa cadangan penambahbaikan dari pihak yang terlibat,” kata Peck Cheng dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Tambah beliau lagi, pemantauan sistem perparitan antara langkah wajib yang perlu diambil bagi mengatasi banjir daripada berlaku.

Pada masa yang sama kerjasama daripada semua pihak termasuk penduduk di kawasan perumahan ini dan di daerah Batu Pahat secara umumnya boleh mengelakkan dari kejadian banjir kilat.

Dalam perkembangan lain Peck Cheng berkata, pejabat ADUN Penggaram akan sentiasa berusaha membantu masyarakat, termasuk dari luar kawasan Penggaram bagi mendapatkan perkhidmat nasihat dan bantuan sosial.

Advertisement

Katanya, selain menerima aduan, pihaknya bertindak sebagai pemudahcara kepada mereka untuk menjalankan urusan berkaitan agensi kerajaan, seperti pengisian borang permohonan dan kemaskini Bantuan JKM, Bantuan Sara Hidup, Baitulmal dan lain-lain.

“Pada 2019, pejabat kami menerima purata lebih 100 pengunjung sehari, ketika fasa permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan Sara Hidup.

“Sehingga Ogos tahun ini, DUN Penggaram antara DUN di daerah Batu Pahat yang merekodkan penerima bantuan tertinggi, iaitu seramai lebih kurang 1,400 penerima bantuan.

Advertisement

“Tahniah kepada kakitangan DUN Penggaram yang prihatin dan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” kata Peck Cheng.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top