BM | EN | 中文

Adun Penggaram temui JPS, PTD Batu Pahat usaha selesai masalah saliran

Gan-Peck-Cheng-Adun-Penggaram-JPS-Batu-Pahat.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 20 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram, Gam Peck Cheng mengadakan pertemuan dengan wakil di Pejabat Tanah dan Daerah serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat bagi menggerakkan usaha menyelesaikan isu saliran dan pengairan di kawasan itu.

Menurut Gan, suatu usaha bersepadu bagi penyelesaian jangka panjang, perlu dilakukan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam usaha menambahbaik sistem pengairan dan saliran terutamanya di pusat bandar Batu Pahat.

“Saya ke JPS Batu Pahat bagi menghadiri sesi pertemuan bersama pihak JPS, yang diketuai oleh Jurutera JPS Daerah, Tuan Saiful Lizan Ibrahim.

Advertisement

“Pertemuan membincangkan permasalahan dan rancangan jangka pendek dan panjang berkaitan penambahbaikan sistem pengairan dan saliran di daerah Batu Pahat, khasnya di kawasan Penggaram, yang melibatkan saliran-saliran terus ke Sungai Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyaaan.

Terdahulu sebelum itu Gan turut mengadakan pertemuan dengan Pegawai Pentadbir Tanah Daerah, YM Ungku Mohd Tahir Ungku Zakaria, di Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat.

Ia katanya bagi membincangkan perkara-perkara dan soalan-soalan yang telah dihantar untuk mesyuarat Dewan Negeri Johor yang akan bermula pada minggu hadapan.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, Gan turut menziarahi beberapa keluarga di Kampung Linau yang terkesan akibat bencana ribut yang berlaku kelmarin.

Beliau turut menyampaikan sumbangan yang diharap dapat mengurangkan beban keluarga yang terlibat untuk menampung kos baik pulih rumah.

“Diharap mangsa sentiasa tabah dan cekal di dalam menghadapi musibah yang telah menimpa mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top