BM | EN | 中文

Adun Penggaram cadang wakil rakyat pembangkang dibenar hadir mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah

Gan-Peck-Cheng.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram Gan Peck Cheng mencadangkan agar wakil rakyat pembangkang di Johor dibenarkan menyertai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah.

Pada perbahasan Belanjawan Johor 2021 di Kota Iskandar hari ini beliau berkata, langkah itu akan mengangkat dan memperkasakan institusi wakil rakyat, serta meneruskan amalan demokrasi di negeri Johor.

“Saya berasakan ada keperluan untuk setiap Adun pembangkang, dijemput hadir ke setiap mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, di daerah masing-masing.

Advertisement

“Selain merupakan Adun yang dipilih rakyat secara sah, ia juga sebagai penghormatan dan penghargaan kepada masyarakat di 27 kawasan DUN yang diwakili oleh kami, agar mendapat manfaat sewajarnya, merentasi ideologi politik,” kata Peck Cheng.

Beliau yang juga Timbalan Speaker DUN Johor berkata, kerjasama merentas parti itu diharap dapat diperluaskan, ke tahap seterusnya seperti di peringkat daerah.

“Janganlah kerajaan memandang kami sebagai musuh, tetapi anggaplah kami sebagai rakan kongsi, yang sama-sama mahu memberi khidmat dan jasa bakti, kepada negeri yang kita cintai ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top