BM | EN | 中文

Adun Penggaram cadang ibu hamil dan menyusu divaksin ketika lakukan pemeriksaan bulanan

gan-peck-cheng-adun-penggaram.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 SEPT: Adun Pengggaram, Gan Peck Cheng mencadangkan kerajaan agar para ibu hamil dan menyusu diberikan kemudahan mendapatkan vaksin di Klinik Kesihatan atau klinik desa, ketika menjalani pemeriksaan bulanan untuk ibu mengandung dan bayi.

Katanya, selain mampu melancarkan penerimaan vaksin, para ibu akan lebih yakin apabila mereka mendapat khidmat nasihat dari pihak berautoriti yang mempuyai “personal-touch” dengan mereka, iaitu jururawat-jururawat di klinik ibu dan bayi.

“”Cadangan ini juga sekaligus meringankan bebanan para ibu mengandung dan menyusu yang terpaksa menunggu giliran di Pusat Pemberian Vaksin,” katanya dalam perbahasan di sidang Dewan Negeri Johor, hari ini.

Advertisement

Penggaram bersedih apabila terdapat ibu-ibu mengandung yang meninggal dunia akibat COVID. Lebih menyayatkan hati apabila anak yang baru dilahirkan kelihangan sentuhan seorang ibu yang sedang berjuang melawan COVID.

Gan memetik laporan media yang menyatakan sebanyak 70 kes kematian ibu hamil direkodkan dari Mac 2020 sehingga 9 Ogos 2021.

Lebih membimbangkan katanya, 63 kes tersebut direkodkan dalam tempoh dua bulan terakhir ini setakat 8 Ogos.

Advertisement

“Penggaram ingin mengetahui, di negeri Johor sehingga kini, berapakan rekod ibu hamil dan berapakan ibu hamil yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dis vaksin? katanya lagi.

Dalam pada itu Gan turut meminta kerajaan negeri menjelaskan punca Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Tanjung Labuh yang sehingga kini tidak dapat diguna pakai.

“Penggaram berharap kerajaan memperuntukkan kepada JPS dan JKR bagi mereka menjalankan kerja penyelenggaraan parit dan saliran secara besar-besaran,

Advertisement

“Ini bagi mengelakkan Batu Pahat dilanda banjir kilat, sehingga memaksa pembukaan pusat pemindahan mangsa banjir ketika pandemik COVID-19.

“Penggaram sangat berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan dan memandang serius terhadap perkara-perkara yang telah dibangkitkan tadi sewajarnya,” kata Gan lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top