BM | EN | 中文

Adun Penggaram buka kaunter daftar vaksinasi COVID-19

Gan-Peck-Cheng-Adun-Penggaram.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 18 MAC: Adun Penggaram, Gan Peck Cheng mengambil inisiatif sendiri menggerakkan pegawai di pusat khidmat DUN itu dengan membuka kaunter pendaftaran vaksinasi COVID-19.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri (DUN) Johor menjelaskan, usaha bagi menangani penularan wabak Covid-19 perlu digiatkan melalui kempen kesedaran selain meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap keperluan vaksinasi tersebut.

“Esok pasukan saya akan jalankan kaunter bergerak DAP.

Advertisement

“Boleh daftar untuk penerima vaksin, daftar pemilih dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran di laman facebook beliau hari ini.

Menurut Peck Cheng, kaunter bergerak itu akan dibuka di Kedai Kopi Miao Huang, Jalan Susur Perdana, Taman Bukit Perdana, Batu Pahat bermula dan jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Dengan kaedah itu pendaftaran program imunisasi COVID-19 kebangsaan dapat dibuat dengan tumpuan kepada mereka yang kurang mahir menggunakan peranti dan aplikasi dalam talian, khususnya warga emas.

Advertisement

Dalam perkembangan lain beliau memaklumkan jawatankuasa perhubungan DAP Parlimen Batu Pahat telah menjalankan mesyuarat agung dan pemilihan jawatankuasa bagi penggal 2021/2023 dipengerusikan ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Turut hadir mesyuarat Senator Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor sebagai wakil negeri.

“Dalam ucapan aluannya, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin-pemimpin tempatan yang terus komited di dalam perjuangan parti ketika negara menghadapi suasana rumit akibat pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan sektor ekonomi, serta suasana politik yang getir,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, unit tindak parti itu turut melakukan kerja-kerja sanitasi awam dalam DUN Penggaram yang menjadi tumpuan orang ramai, antaranya di Taman Makmur dan kawasan sekitar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top