BM | EN | 中文

Adun Penggaram bangkit isu status Sekolah Agama Bukit Pasir, harap pembinaan sekolah baru

Gan-Peck-Cheng-Adun-Penggaram.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 30 NOV: Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berharap keadaan sekolah-sekolah Agama di negeri ini diberi peruntukan naik taraf dalam usaha memberikan keselesaan kepada pelajar dan tenaga pengajar.

Beliau pada perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Undangan Negeri Johor hari ini berkata, ada sekolah yang berada dalam keadaan daif, dan tidak selesa untuk suasana pembelajaran.

Katanya berdasarkan belanjawan 2021, kerajaan negeri merancang membina 12 buah sekolah agama di dalam Fasa 6, bagi tempoh lima tahun akan datang dengan anggaran peruntukan berjumlah RM 85 juta.

Advertisement

Difahamkan, pembinaan baharu sekolah-sekolah ini dapat menyediakan sebanyak 12 ribu tempat belajar bagi anak-anak orang Islam di negeri Johor.

Namun beliau ingin mendapatkan kepastian, sama ada pembinaan 12 buah sekolah agama ini, termasuk pembinaan baru bagi Sekolah Agama Bukit Pasir, di Batu Pahat.

“Saya ingin mengetahui, apakah status Sekolah Agama Bukit Pasir, di mana ia telah dibina di atas tanah milik kerajaan Persekutuan? soalnya.

Advertisement

Katanya keadaan sekolah agama itu tidak selesa bagi pembelajaran, serta pembinaannya di atas tanah kerajaan Persekutuan, menyebabkan ia seperti diketepikan oleh kerajaan negeri dari menerima sebarang peruntukan naik taraf,

Dalam masa yang sama tidak menerima peruntukan dari kerajaan Persekutuan, kerana ia merupakan sekolah milik kerajaan negeri.

“Saya berharap, ada satu perbincangan wajar di antara kerajaan negeri dan Persekutuan untuk menyelesaikan perkara ini, ataupun kerajaan negeri perlu mengambil langkah drastik, dengan membina sekolah baru bagi murid-murid sekolah agama tersebut,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top