BM | EN | 中文

“ADUN PEMBANGKANG JOHOR DICADANG TERIMA PENINGKATAN PERUNTUKAN” – SUHAIZAN

suhaizan-kaiat.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 12 SEPT: Sebelum ini terdapat suara-suara menyatakan kerajaan negeri Johor meminggirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang berhubung peruntukan tambahan seperti mana resolusi Bengkel Memperkasakan Dewan Negeri Johor baru-baru ini.

Namun perkara itu dinafikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat.

“Adun pembangkang kita tidak akan tinggalkan untuk dicadangkan bagi mendapat peruntukan tambahan.

Advertisement

“Ini lebih baik dari zaman BN dahulu, di mana tidak ada sebarang pun peruntukan kepada Adun Pembangkang.

“Kerajaan PH telah membuktikan bahawa mereka lebih baik dari kerajaan BN sebelum ini,” katanya ketika ditemui.

Malah kata Suhaizan, DUN Johor turut mengiktiraf peranan Ketua Pembangkang

Advertisement

“Sebelum ini kita pun telah memberikan kelebihan kepada Ketua Pembangkang dengan fasiliti pejabat dan kemudahan.

“Tetapi mereka yang telah memulangkan semula pada sidang DUN sebelum ini,” kata Suhaizan.

Pada Disember 2018, Ketua Pembangkang DUN Johor, Datuk Hasni Mohammad menyatakan mahu menyerahkan pejabat dan elaun diterima selama enam bulan kepada kerajaan negeri.

Advertisement

Hasni (BN-Benut) membuat kenyataan itu ketika memberikan ucapan pada sesi perbahasan Belanjawan Johor 2019 Penggal Persidangan Pertama DUN Johor di Kota Iskandar.

Namun, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian pada waktu itu berkata, kerajaan negeri tidak akan menarik balik elaun dan kemudahan pejabat memandangkan ia merupakan salah satu pengiktirafan terhadap pentadbiran yang berasaskan sistem demokrasi berparlimen.

Kerajaan negeri Johor memberikan peruntukan RM50,000, mengiktiraf Ketua Pembangkang dengan elaun RM3,000 dan bilik khas sebagai bukti mengiktiraf peranan pembangkang di negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top